Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/144
Title: APLIKASI PSP E-FUND
Authors: AMIR FAWZAN BIN AHMAD FARIS
KHAIRUL NUR ARIFAH BINTI KHAIRUL ARIFFIN
IFFAH NUUR NISSA BINTI SA’ABAN HAFIZHI
NURUL HUSNA BINTI MOHAMAD ADNAN
NURUL BASIRAH BINTI OTHMAN SHAHRUDIN
Keywords: Mobile Apps
Issue Date: 2022
Abstract: Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji masalah yang telah dihadapi oleh pelajar IPT. Politeknik Seberang Perai menjadi pusat tumpuan pengkaji untuk menjalankan kajian yang dihadapi oleh pelajar. Masalah yang sering dihadapi terhadap pelajar IPT adalah masalah kewangan seperti perbelanjaan harian sehingga mahasiswa cenderung untuk bekerja kerana untuk mendapatkan duit. Selain itu, ia dapat mengganggu masa pembelajaran pelajar serta boleh menimbulkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar di Politeknik Seberang Perai. Tambahan pula, pada zaman serba moden ini, kos perbelanjaan semakin meningkat dari semasa ke semasa dan telah menyebabkan pelajar-pelajar cepat kekurangan wang simpanan atau perbelanjaan mereka. Kebanyakan masalah kewangan ini adalah dari pelajar yang lahir dalam golongan B40, anak yatim piatu dan juga yang tergolong dalam golongan asnaf. Maka, mereka malu dan segan untuk tampil ke hadapan memohon bantun dan mereka juga rasa tidak selesa apabila maklumat peribadi mereka terdedah kepada pihak yang lain. Hal ini demikian, pihak pengkaji telah berganding bahu dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Zakat Pulau Pinang serta pihak-pihak yang terlibat untuk membantu pelajar yang datang daripada golongan-golongan ini mendapatkan bantuan yang disediakan. Oleh itu, pihak pengkaji mencadangkan untuk membina satu aplikasi untuk mengumpul data oleh HEP yang diberi nama “PSP E-FUND” bagi memudahkan pelajar untuk memohon bantuan secara persendirian, yakin dan lebih selesa. Kesimpulannya, dengan membina aplikasi PSP E-Fund ini, masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar Politeknik Seberang Perai dapat dikurangkan.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/144
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LAPORAN AKHIR PP_Applikasi eFund PSP.pdf2.76 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.