Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/146
Title: APLIKASI LetsMakan(PSP)
Authors: MUHAMMAD FARIS HAIKAL BIN MOHD AZMIZAM
MOHAMAD AZRI AKMAL BIN MAT JALIL
MUHAMMAD FARIS IZZAT BIN NOR AZLAN
Keywords: Mobile Apps
Issue Date: 2022
Abstract: Kantin atau kafe merupakan salah satu keperluan utama bagi para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang kerana banyak makanan yang dijual di kafe atau kantin lebih murah dan digemari oleh pelajar. Setelah membuat pemantauan, pengkaji menemukan masalah yang dihadapi oleh para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu di mana sebahagian dari pelajar membeli makanan diluar kerana permintaan makanan di kafe atau dikantin amat memberangsangkan. Hal ini kerana segelintir pelajar merasakan bahawa kadangkala beratur di kantin atau cafe untuk membeli makanan amatlah menyusahkan. Oleh yang demikian, pihak pengkaji memutuskan bahawa aplikasi“LetsMakan(PSP)” adalah jalan yang terbaik untuk diwujudkan supaya para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dapat membuat pesanan secara atas talian lalu pelajar dapat pergi ke kantin atau kafe untuk mengambil makanan yang telah dipesan. Ianya juga sesuai bagi para pelajar zaman kini yang hidup dalam serba moden kerana menurut pengkaji rata-rata pelajar kini mempunyai telefon pintar malah ianya telah menjadi keperluan yang wajib yang digunakan setiap hari. Bukan hanya untuk berhubung dan berhibur, telefon pintar juga boleh digunakan untuk memudahkan proses pembelajaran. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat atau mengetahui hal luar mahupun dalam negara juga hanya melihat di hujung jari. Jadi, dengan adanya “LetsMakan(PSP)” ini, ianya dapat memberi kesan yang cukup sistematik dan cekap kepada para pengguna. Bukan itu sahaja malah ianya juga dapat dinikmati oleh seluruh warga Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang seperti pensyarah, staff dan lain-lain. Sistem ini juga dapat memberi impak positif kepada pihak kantin dan kafe sendiri. Hal ini akan menyebabkan para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang lebih tertarik untuk membeli di kantin dan kafe berbanding di luar sekaligus ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/146
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LAPORAN AKHIR PP_ Applikasi LetsMakan(PSP).pdf1.83 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.