Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/147
Title: E-BOOK FORMULA OF RATIO
Authors: MUHAMMAD SYAHIR BIN MOHAMED SHAFIAE
NUR SYAFIQAH BINTI MD NASIR
NUR FATHNI BINTI MOHD FAZLI
NURUL NAJWA ZAMRI
Keywords: Electronic books
Issue Date: 2022
Abstract: Penggunaan e-book di Politeknik Seberang Perai telah lama digunakan. Namun begitu, penggunaan e-book ini hanya beberapa tajuk untuk subjek tertentu sahaja. Tambahan pula, ebook ini kurang digunakan disebabkan masih bergantung sepenuhnya kepada laman web yang banyak sumber atau nota yang diberikan oleh pensyarah. Antara contoh bentuk nota yang diberikan oleh pensyarah adalah dalam bentuk dokumen secara manual iaitu menggunakan kertas ataupun pensyarah akan tulis di papan putih di kelas masing-masing. Dengan cara itu, berkemungkinan pelajar tidak sempat untuk menyalin nota sepenuhnya yang diberikan oleh pensyarah. Disebabkan itu, para pelajar mungkin akan keciciran nota berkaitan subjek itu. Tambahan pula, jikalau pelajar tercicir nota tentang subjek pengiraan, sukar untuk pelajar tersebut untuk mengulang kaji subjek yang dipelajari oleh pelajar tersebut. Jadi, kami bersepakat untuk menghasilkan sebuah e-book berkaitan dengan pengiraan jenis-jenis ratio yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. E-book yang bakal kami cipta ini adalah khusus untuk pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam sahaja iaitu dari sem 1 sehingga sem 5. Antara sebab kami ingin mencipta e-book ini adalah disebabkan sukar untuk pelajar mencari nota-nota tentang ratio dan formula-formula penting tentang pengiraan ratio. E-book yang kami akan hasilkan juga boleh diakses di mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan gajet masing-masing sekaligus membolehkan pelajar untuk mengulang kaji di mana-mana sahaja. E-book yang diakses juga mudah disimpan dan mudah dicari. Dengan adanya e-book yang kami bakal cipta ini, kami berharap ianya akan membantu para pelajar untuk menyelesaikan atau menjawab segala soalan tentang pengiraan ratio. Antara objektif kami mencipta e-book ini adalah untuk memudahkan para pelajar untuk membuat rujukan dengan lebih mudah. Kesimpulannya, e-book yang bakal kami hasilkan ini dapat memberikan banyak kemudahan kepada para pelajar antaranya mudah untuk mencari nota dan nota yang kami akan hasilkan tidak akan hilang kerana ianya boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/147
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LAPORAN AKHIR PP_ Ebook Ratio.pdf11.71 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.