Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/148
Title: E-KAMUS KOD TADBIR URUS KORPORAT (MCCG)
Authors: NUR AISYAH AQILAH BINTI NAZROL FAIZI
NURUL ATHIRAH BINTI LOKMAN
AHMAD IZHAM BIN KAMARULIZAM
MUHAMMAD DANIAL AFIQ BIN ABDUL RAHMAN
Keywords: Electronic books
Issue Date: 2022
Abstract: Politeknik Seberang Perai merupakan pusat pengajian yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pendidikan kepada pelajar. Antara bidang ilmu yang dipelajari oleh pelajar adalah berkaitan tadbir urus yang terkandung dalam program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam adalah untuk mengakses sumber maklumat dengan tepat dan mudah seperti kod-kod tadbir urus korporat Malaysia. Hal ini kerana kod-kod tadbir urus korporat Malaysia yang terlalu banyak dan padat menyebabkan pelajar mengambil masa yang lebih lama untuk membuat pembacaan dan pengkajian melalui dokumen manual. Objektif utama pihak pengkaji adalah untuk mengenalpasti masalah capaian kod tadbir urus korporat Malaysia (MCCG) bagi pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam yang mengambil subjek Islamic Financial Service, Legal and Governance Framework. Kaedah kajian ini merupakan kajian jenis nyata secara kualitatif dengan pembangunan produk inovasi. Namun soal selidik juga digunakan diawal kajian bagi mendapatkan maklum balas pelajar tentang keperluan menghasilkan inovasi bagi permasalah kajian yang ditemui. Hasil daripada kajian yang dilakukan, pihak pengkaji akan membantu pelajar yang menghadapi kesukaran untuk menghafal dan mencari kod-kod tadbir urus korporat yang sahih secara percuma dan akan sering dikemas kini dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak pengkaji mencadangkan untuk membina satu produk inovasi laman sesawang E-Kamus Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dalam bentuk buku elektronik (E-Book) bagi memudahkan pelajar untuk mencari sumber maklumat berkaitan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/148
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LAPORAN AKHIR PP_ EKamus MCCG.pdf1.7 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.