Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/151
Title: KINGDOMLOG
Authors: NUR FARHANAH ALIAH BINTI MUHAMAD ALI
KOSALINDA LUBIS BINTI ABDUL KHALIK LUBIS
LIM VOOI ZUNN
NURUL NAJIHA BINTI ROSLI
Keywords: Teaching and learning
Issue Date: 2022
Abstract: KingdomLoG merupakan salah satu permainan yang dihasilkan untuk memudahkan para pelajar di Politeknik Seberang Perai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menghasilkan board game ini berdasarkan permainan saidina, monopoly, jutaria dan sahiba. Tujuan penghasilan board game ini adalah untuk membantu para pelajar menumpukan perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih fokus. Masih ramai pensyarah yang menggunakan kaedah tradisional ketika mengajar seperti dengan hanya memaparkan tayangan slaid atau hanya merujuk pada buku teks sahaja. Bagi mengatasi masalah ini, KingdomLoG amat bersesuaian dengan perubahan zaman yang semakin moden dimana pelajar lebih tertarik dengan permainan yang melibatkan subjek yang dipelajari. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam projek ini mengandungi pengetahuan am yang berkaitan bidang logistik seperti jenis-jenis pengangkutan, istilah-istilah logistik, jenis-jenis kontena dan nama-nama pelabuhan yang terdapat di Malaysia dan luar negara. Kesannya, ia akan menarik minat pelajar untuk mendalami bidang logistik dengan lebih mendalam. Dengan penghasilan KingdomLoG ini, pengkaji berharap board game ini dapat dikomersialkan dan digunakan bukan sahaja di Politeknik Seberang Perai malah politeknik lain yang juga menawarkan kursus logistik dan rantaian bekalan.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/151
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KINGDOMLOG.pdf1.78 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.