Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/153
Title: PAISO SISTEM
Authors: NURIN NAJLAH BINTI RIZUWAN
SHAHRUL IZZANI BIN HASHIM
NOOR ZAHIRAH BINTI ZULKIFLI
ALIFAH ILYANA BINTI AZHAR
MUHAMMAD AMIR HUSAINI BIN ROSLAN
Keywords: Products
Issue Date: 2022
Abstract: Pengurusan bahan mentah dalam pembuatan sos cili melibatkan aktiviti perancangan, penilaian, penggunaan dan impak terhadap penggunaan cili secara sistematik, cekap dan optimum tanpa melakukan pembaziran. Penggunaan sistem yang betul bagi menyalurkan sos cili mampu memberi impak kepada syarikat Perniagaan Rohaya & Abu Bakar. Antara peralatan atau mesin yang digunakan untuk menguruskan sos dalam pembungkusan salah satunya adalah paip. PAISO Sistem merupakan satu peralatan yang dapat membantu untuk menyalurkan sos cili secara automatik. PAISO merupakan alat yang mampu mengepam sos dari saluran pemprosesan ke saluran pembungkusan. Paip ini boleh dilaksanakan secara automatik tanpa menggunakan tenaga pekerja. Hal ini dapat menjimatkan proses kos operasi untuk aktiviti pembungkusan. PAISO merupakan alat yang direkabentuk menggunakan konsep hidraulik dan sistem perpaipan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah paip iaitu Paip Sos Sistem (PAISO) dan menguji kebolehlaksanaan alat ini untuk megepam dan menyalurkan sos cili dari saluran pemprosesan ke saluran pembungkusan. Paip ini dihasilkan menggunakan bahan PVC yang bersifat tahan lama dan tidak mudah terbakar. Dengan ini, masa dan tenaga pekerja dapat dijimatkan apabila menggunakan sistem perpaipan ini. Hasil daripada rekabentuk produk ini, ianya dapat berfungsi sebagai satu alat yang mampu untuk menyalurkan sos cili dengan baik dan selamat dan diharap penggunaan paip seperti ini juga dapat digunakan sebaiknya oleh pengguna dalam operasi lain yang melibatkan proses saluran dan aliran secara automatik.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/153
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
PAISO SISTEM.pdf1.67 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.