Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/155
Title: KAMSIS E-ADUAN
Authors: MUHAMMAD HAIKAL DANIAL BIN MOHD HAIMI
MUHAMMAD AZRUL AIZAM BIN AZWARI
MUHAMMAD ZAKWAN BIN MAT ZIN
MUHAMMAD FARIDZUAN BIN MANGSOR
MUHAMMAD NASRUL BIN SHAMSURI
Keywords: Mobile Apps
Issue Date: 2022
Abstract: Pengurusan kemudahan merangkumi tanggungjawab terhadap organisasi dalam merancang, merekabentuk dan memelihara bertujuan untuk menjadikan sesuatu yang diurus itu dapat digunakan pada tahap maksimum serta menjadikan ia lebih berguna kepada kehidupan manusia. Terdapat banyak faedah apabila kemudahan diuruskan dengan baik, contohnya pengurusan kemudahan yang cekap dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga. Dalam dunia hari ini, pengurusan kemudahan banyak diaplikasikan di dalam bidang kehidupan sebagai contoh pengurusan peminjaman buku di perpustakaan yang kini diuruskan dengan sempurna dari segi peminjaman dan pemulangan buku, sekaligus meningkatkan kualiti dan menjimatkan kos. Selain itu di pusat pengajian tinggi juga tidak terkecuali mengaplikasikan teknologi dalam pengurusan kemudahan ini di dalam organisasi mereka. Di Politeknik Seberang Perai (PSP), terdapat kemudahan kamsis yang menyediakan kolej kediaman kepada pelajar juga di lihat dapat mengaplikasikan teknologi dalam menguruskan kemudahan kamsis. Tujuan utama teknologi ini dipraktikkan bertujuan memastikan kerja dan operasi di kamsis termasuk laporan kerosakan, laporan pemberitahuan serta urusan lain yang menggunakan aplikasi teknologi tinggi berjalan dengan lancar. Sistem pengurusan yang dibina adalah sistem Kamsis e-Aduan menggunakan Android Studio sebagai paparan antaramuka sistem. Sistem aplikasi ini didapati dapat memudahkan proses pengurusan aduan dan maklumbalas di kamsis sekaligus dapat meningkatkan kepuasan pelajar dan pengguna lain.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/155
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FINAL REPORT KAMSIS E-ADUAN (BP) (1).pdf1.21 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.