Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/161
Title: KAJIAN KEBERKESANAN INSTA WEB MENU DI GERAI POJAN CHAR KUEY TEOW DI BANTING SELANGOR
Authors: SITI NORSHAHIRA BINTI ROSLI
NUR AISYATUL UMAIRAH BINTI SHAIFUL AZLI
NOOR AFIFAH BINTI MISRIJAN
MOHAMAD AIZAT BIN AZLAN
HARENA A/P VICKNESWARAN
Keywords: Management Systems
Issue Date: 2022
Abstract: Tajuk kajian kami ialah Insta Web Menu. Hal ini kerana perusahaan Gerai Pojan Char Kuey Teow ini telah menghadapi masalah untuk merekod pesanan pelanggan, masalah penipuan dalam pembayaran serta masalah kesukaran kepada peniaga untuk merekod jumlah jualan akhir perniagaan. Objektif yang ingin dicapai ialah mengenalpasti penggunaan Insta Web Menu dapat merekod pesanan pelanggan, mengenalpasti penggunaan Insta Web Menu dapat merekod notifikasi pembayaran yang telah dilakukan oleh pelanggan, dan mengenalpasti penggunaan Insta Web Menu dapat merekod jumlah jualan. Ketiga-tiga objektif ini ditetapkan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Insta Web Menu di Gerai Pojan Char Kuey Teow. Projek kami ini dijalankan di Gerai Pojan Char Kuey Teow, Jalan Cengal, Taman Banting Baru, 42700, Banting, Selangor. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal selidik kepada pemilik Gerai Pojan Char Kuey Teow. Borang analisis keperluan adalah jenis soal selidik yang dibuat untuk mengetahui sama ada perniagaan Gerai Pojan Char Kuey Teow ini memerlukan Insta Web Menu dan apakah kelebihan yang diperolehi oleh perniagaan ini setelah mereka menggunakan Insta Web Menu. Kesimpulannya, berikutan era globalisasi ini, ramai peniaga yang telah menukarkan kaedah pesanan makanan secara atas talian. Hal ini juga mendapat sambutan yang baik oleh penggunanya. Ini kerana, mereka rasa lebih selesa dan mudah untuk membuat pesanan. Disebabkan itu, kami telah berbincang bersama ahli kumpulan untuk memilih Insta Web Menu di perusahaan Gerai Pojan Char Kuey Teow.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/161
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KAJIAN KEBERKESANAN INSTA WEB MENU DI GERAI POJAN CHAR KUEY TEOW DI BANTING SELANGOR.pdf1.52 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.