Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/163
Title: MENGINOVASIKAN KAD PERNIAGAAN DIGITAL EZICARD UNTUK PERNIAGAAN BOOTH COWAY DI MYDIN MALL BUKIT MERTAJAM
Authors: NURUL AZLIANA BINTI BAZLAN
YUVARAAJ A/L GENGAN
JACYLINA A/P ERITHIYA NATHAN
NUR HUSNINA BINTI YAHYA
JOHN ASHWIN A/L J SUNNY
Keywords: Web-based system
Issue Date: 2022
Abstract: Perkembangan teknologi maklumat banyak membantu dunia untuk mencapai kemajuan. Hal ini kerana, pelbagai perkhidmatan dapat disediakan seperti dalam sektor pemasaran yang dijalankan, pihak penjual dapat memajukan aktiviti pemasaran mereka dengan memudahkan pelanggan untuk mengenal laman sosial perniagaan, melihat produk yang dipasarkan dan lain-lain lagi melalui kad perniagaan. Booth Coway Mydin Mall masih menggunakan kad perniagaan manual untuk memasarkan perniagaan mereka kepada pelanggan. Oleh itu, objektif penggunaan Ezicard adalah untuk membantu pelanggan dalam melayari Instagram, whatsapp dan telegram melalui imbasan. Pelanggan juga boleh melihat produk yang diiklankan di laman sosial perniagaan serta dapat berkomunikasi dengan ejen untuk bertanyakan tentang produk. Ezicard khususnya untuk ejen Coway digunakan secara digital kepada pelanggan. Kad perniagaan yang lama, tidak perlu digunakan lagi secara manual. Ketiga-tiga objektif ini adalah ditetapkan supaya dapat mengkaji projek yang pengkaji hasilkan dapat membantu ejen Coway di booth Mydin. Projek ini dijalankan di cawangan booth yang beralamat G-03 Mydin Mall Bukit Mertajam, Mukim, 06 Jalan Baru, 14000, Perai, Penang. Selain itu, cara yang pengkaji gunakan untuk menyelesaikan projek ini adalah melalui beberapa soalan iaitu analisis yang disediakan untuk bertanya kepada ejen Coway di booth Mydin. Dalam soalan-soalan tersebut kumpulan pengkaji dapat mengetahui jika mereka memerlukan kad digital Ezicard ini dan juga apa kebaikan yang akan mereka dapat melalui kad perniagaan digital tersebut apabila mereka menggunakannya. Dengan melanjutkan kad perniagaan ini ejen Coway akan dapat menggunakan kad perniagaan secara digital untuk diberikan kepada pelanggan dan tanpa perlu menyimpan kad lama yang banyak. Kesimpulannya, pengkaji dapat mengetahui bahawa kad perniagaan digital ini amatlah berguna dalam mempromosikan perniagaan Coway di booth Mydin kerana ia memudahkan kerja ejen Coway untuk memperkenalkan perniagaan mereka kepada pelanggan.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/163
Appears in Collections:Department of Commerce



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.