Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/181
Title: E-KAMUS AL-MUSTALAH PERKATAAN DAN ISTILAH BAHASA ARAB
Authors: MUHAMMAD FARIS FITRI BIN ISMAIL
NUR SYAZWANI BINTI NOR HASMIZI
NURUL AFIQAH BINTI SUHAIMI
ATHIRAH BINTI SAHARUDIN
RASYIDAH BINTI ABDULLAH
Keywords: Electronic books
Issue Date: 2021
Abstract: Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk melakukan kajian di Politeknik Seberang Perai berkaitan masalah kesukaran pelajar dalam memahami perkataan dan istilah Bahasa Arab yang bertempat di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kajian ini tertumpu kepada pelajar yang mengambil kursus Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) yang sering menghadapi masalah memahami perkataan dan istilah Bahasa Arab. Objektif kajian ini adalah mencadangkan satu produk yang diberi nama Al-mustalah yang mengumpulkan perkataan dan istilah Bahasa Arab yang sering menjadi masalah kepada pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) untuk mencarinya. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini menggunakan reka bentuk projek jenis nyata berdasarkan produk dan data dikumpulkan dalam bentuk kuantitatif. Kaedah kualitatif pembangunan produk dan kuantitatif ini dilakukan secara soal selidik. Berdasarkan hasil dapatan kajian daripada analisis keberkesanan atau analisis SWOT jelas didapati bahawa produk Al-mustalah dapat digunakan pada bila-bila masa kerana ia dapat diakses oleh pelajar dengan kod QR atau link yang disediakan oleh pengkaji kepada pelajar. Di samping itu, pengkaji bercadang untuk meluaskan lagi produk E-kamus Al-mustalah Perkataan dan Istilah Bahasa Arab kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kesimpulannya, setelah menyiapkan kajian untuk produk inovasi iaitu Al-mustalah ini, terdapat perkara penting yang dapat pengkaji rumuskan antaranya ialah objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji telah tercapai. Masalah kesukaran dalam memahami perkataan dan istilah Bahasa Arab bagi pelajar yang mengambil program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) dapat diatasi dengan membina produk E-kamus Al-mustalah Perkataan dan Istilah Bahasa Arab ini. Kata
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/181
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
GROUP 7_DIB5A_LAPORAN AKHIR.pdf1.64 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.