Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/183
Title: INOVASI SISTEM E-DANA JUMAAT UNTUK MENINGKATKAN LAGI KEWANGAN MASJID SULTAN MUHAMMAD III
Authors: KU EIZHAN SHAH BIN KU EZAHAR
ABDUL MUAZ BIN ABU YAZID
NURADAWIYAH BINTI ROSLAN
MUHAMMAD DANIEL IKHMAL BIN ZAINUL ABIDIN
Keywords: Management Systems
Issue Date: 2021
Abstract: Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk menjalankan kajian di Masjid Sultan Muhammad III yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan dananya. Masjid Sultan Muhammad III ini dikenali sebagai masjid jajahan yang terletak di Pekan Pasir Mas Kelantan. Selain itu, kajian ini menekankan tentang isu pengurusan dan cara meningkatkan dana masjid. Oleh itu, projek ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah pengurusan kewangan masjid berkenaan dana solat Jumaat dan mencadangkan penghasilan satu laman sesawang untuk masjid tersebut. Di samping itu, reka bentuk kajian ialah pelan tindakan secara sistematik yang menentukan cara sesuatu penyelidikan dilakukan. Kajian yang dilakukan ini menggunakan reka bentuk projek jenis nyata (berdasarkan produk/inovasi) dan data dikumpulkan dalam bentuk kualitatif (pembangunan produk) dan kuantitatif (soal selidik). Berdasarkan pemerhatian pengkaji, antara kekuatan sistem E-Dana Jumaat ini adalah dapat memudahkan orang ramai untuk membuat sebarang sumbangan disebabkan wujudnya laman sesawang yang dihasilkan oleh pengkaji di mana laman sesawang ini memberitahu segala kemudahan untuk membuat sumbangan. Terdapat nombor akaun di dalam laman sesawang tersebut. Nombor ini dipaparkan di laman sesawang bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat sebarang derma kepada masjid ini melalui telefon pintar sahaja iaitu hanya menggunakan online transfer. Seterusnya, produk ini boleh diluaskan kerana bukan sahaja penduduk sekitar yang boleh dijadikan sasaran malah penduduk luar juga boleh menggunakan laman sesawang ini untuk menyumbang kepada Masjid Sultan Muhammad III. Daripada maklum balas soal selidik, produk ini telah memenuhi citarasa pengguna dengan paparan yang menarik dan mudah digunakan. Kesimpulannya, objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji iaitu mewujudkan sistem pendermaan melalui satu laman sesawang telah tercapai. Pengkaji juga dapat menyelesaikan masalah pengurusan kewangan masjid dan dapat meningkatkan dana solat jumaat dengan adanya laman sesawang yang dibina oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji berharap agar Sistem E-Dana Jumaat ini dapat memantapkan lagi sistem kewangan masjid ini supaya lebih efektif.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/183
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
GROUP 1_DIB5A_LAPORAN AKHIR.pdf2.14 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.