Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/187
Title: ARABIC SMART READER
Authors: NADHIRAH BINTI ZAMRI 10DIB19F1047
NURUL NATASSYA BINTI MANSOR
NUR HANIS SUFIAH BINTI MOHD ZUKI
NUR SYAHIRAH BINTI MOHD FAUZI
Keywords: Teaching ang learning
Issue Date: 2021
Abstract: Di Malaysia, Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang dipelajari sebagai bahasa tambahan dan bukan sebagai bahasa yang rasmi yang dituturi. Namun, jika Bahasa Arab sudah didedahkan kepada kanak-kanak sejak umur dua tahun lagi, ia akan menjadi mudah bagi kanak-kanak tersebut meneruskan proses pemerolehan Bahasa Arab di peringkat-peringkat yang seterusnya. Isu yang dihadapi oleh murid adalah mereka tidak berminat dan sukar mempelajari Bahasa Arab dengan baik. Selain itu, isu guru serta ibu bapa yang tidak mempunyai bahan pengajaran tambahan yang menarik untuk mengajar murid tadika. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah murid tadika mengingati dan menghafal perkataan dalam Bahasa Arab dengan lebih mudah. Pengkaji mendapati bahawa terdapat seramai 20 orang responden yang terlibat dalam menganalisa dapatan kajian. Dapatan kajian yang dilakukan ialah pengkaji menyatakan analisis keberkesanaan produk di mana pengkaji telah menyatakan item soalan yang diedarkan kepada responden untuk menguji keberkesanan Arabic Smart Reader. Seterusnya, pengkaji menjalankan kaedah analisis SWOT pada produk inovasi untuk menentukan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Hasil kajian yang dijalankan, pengkaji telah berjaya menghasilkan sebuah alternatif yang dapat membantu kanak-kanak di tadika mengetahui perkataan Bahasa Arab dengan lebih mudah. Seterusnya, kajian ini telah mencapai matlamat kajian, dengan menjawab persoalan kajian dari borang soal selidik yang telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Kata
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/187
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
GROUP 5_DIB5B_LAPORAN AKHIR.pdf2.21 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.