Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/188
Title: INOVASI SISTEM E-FIQH DALAM MENAMBAHKAN PENGETAHUAN PELAJAR DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Authors: SITI NAJMIJA BINTI MUHAMAD FAUZI
NUR SYAZWANI BINTI NORMAN
CHARUMATHY ANANTHAN
SITI NURFAZILA BINTI JALALUDIN
Keywords: Web-based system
Issue Date: 2021
Abstract: Sistem E-Fiqh merupakan sebuah laman web yang telah diinovasikan oleh empat orang pengkaji. Laman web e-fiqh merupakan satu nota ringkas yang telah diambil daripada buku teks Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh. Produk inovasi ini telah diusahakan secara bersama diantara empat orang pengkaji iaitu Siti Najmija Muhamad Fauzi, Nur Syazwani Norman, Charumathy Ananthan dan Siti Nurfazila Jalaludin. Kajian ini melibatkan pelajar dari Kolej Kediaman Politeknik Seberang Perai. Produk inovasi ini dapat dibangunkan dengan jayanya untuk mengatasi isu pembelajaran yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Seberang Perai bagi mendapatkan nota ringkas bagi subjek Usul Fiqh. Tujuan pembangunan produk inovasi ini adalah untuk mengenalpasti masalah pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam yang sukar memahami isi dalam buku teks Usul Fiqh & Kaedah Fiqh. Dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi isu ini serta memudahkan kerja yang dilakukan agar dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pemahaman fiqh. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini menggunakan reka bentuk projek jenis nyata. Selain itu, tinjauan awal (survey) dijalankan diperingkat awal kajian bertujuan untuk melakukan tinjauan awal terhadap keperluan kajian ini dilakukan dan bersesuaian dengan produk inovasi yang dihasilkan. Seterusnya, analisis keberkesanan juga turut dilakukan bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan produk inovasi yang telah dihasilkan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif bagi mengumpul data. Soal selidik bagi analisis keberkesanan telah diedarkan dan seramai 60 orang responden telah menjawab soalan tersebut. Majoriti responden sangat setuju terhadap pembangunan produk inovasi ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa keberkesanan produk inovasi ini berada pada tahap yang tinggi. Pengkaji yakin bahawa produk inovasi ini mampu diluaskan penggunaannya jika dipandang dari sudut komersial. Kesimpulannya, diharap agar kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan pengkaji lain untuk kajian pada masa akan datang. Kata
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/188
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
GROUP 6_DIB5B_LAPORAN AKHIR.pdf1.22 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.