Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/190
Title: PRODUK INOVASI E – MAKLUMAT (I-RIBA) MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
Authors: MUHAMMAD AIMAN BIN KHAIRUL ANWAR
NURAZREEN BINTI AZMI
NOR ARWANI ARISHA BINTI MOHAMMAD NOOR
MUHAMMAD ZULHAIKAL BIN MOHD. KAMARUDIN
MUHAMMAD ASHRAF BIN MOHD RIDZUAN
Keywords: Wealth -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 2021
Abstract: Di dalam Al-Quran, dapat dijelaskan bahawa riba merupakan salah satu amalan yang dilarang di dalam perspektif Islam. Dari segi Islam, riba merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud bertambah, berkembang, meningkat atau meninggi. Dari segi istilah pula, riba bermaksud lebihan yang akan dikenakan di dalam urusan jual beli hutang piutang dan pertukaran mata wang. Di dalam konteks ini, isu yang diketengahkan oleh pengkaji ialah kemusykilan pelajar politeknik berkaitan konsep riba di dalam Islam. Justeru itu, objektif utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar politeknik terhadap isu-isu berkaitan dengan riba. Untuk mengenal pasti pemahaman pelajar politeknik berkaitan isu riba, pengkaji telah menjalankan satu kaedah analisis data yang dikenali sebagai analisis SWOT. Kaedah analisis SWOT ini merupakan kaedah yang digunakan untuk memahami kekuatan dan kelebihan dalam penciptaan sesuatu produk inovasi. Selepas mengenal pasti isu berkaitan riba, pengkaji telah menghasilkan satu produk inovasi yang dapat memberikan pemahaman yang cukup ringkas dan jelas kepada pelajar politeknik dan komuniti lain. Produk inovasi yang dihasilkan telah diedarkan dan hasil dapatan kajian menunjukkan keputusan sangat positif dari segi penerimaan produk inovasi e-maklumat yang disampaikan oleh pengkaji. Berdasarkan produk inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji, produk ini mempunyai nilai komersial yang baik. Hal ini kerana isi kandungan dan infografik yang terdapat di dalam produk inovasi emaklumat ini bersesuaian dengan pembelajaran alaf baru pada masa kini dan mampu menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Secara kesimpulannya, dapat dijelaskan bahawa objektif atau matlamat yang diharapkan oleh pengkaji dalam pembangunan produk inovasi ini adalah tercapai. Hasil dapatan kajian daripada analisis keberkesanan dan analisis SWOT yang dilakukan pengkaji mendapati bahawa produk inovasi yang dibangunkan ini boleh diguna pakai oleh pelajar dan masyarakat yang lain untuk dijadikan sumber rujukan sama ada pada masa kini atau pada masa yang akan datang.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/190
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
GROUP 8_DIB5B_LAPORAN AKHIR.pdf2.5 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.