Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/195
Title: INOVASI “Rumble Rack” UNTUK MEMUDAHKAN PENGURUSAN INVENTORI BAGI KEDAI RUNCIT NNZ ENTERPRISE DI KAWASAN PERUMAHAN JALAN SANGLANG, KEDAH
Authors: MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN MD ASMADI
ADAM AMRI BIN MANSOR
NURAIN SYAZANA BINTI MOHD NISIZAM
LOSHINI A/P ELEKOVAN
Keywords: Stock take
Issue Date: 2021
Abstract: Pengurusan inventori merupakan salah satu elemen yang penting dan perlu ada di setiap perniagaan sama ada perniagaan besar mahupun perniagaan kecil seperti kedai runcit. Kedai Runcit NNZ ENTERPRISE merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang terletak di kawasan perumahan Jalan Sanglang di bandaraya Kedah. Pengurusan inventori merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh kedai runcit tersebut. Hal ini kerana, apabila inventori tidak dikawal dengan baik ia akan menjejaskan proses kelancaran kedai tersebut untuk terus beroperasi dengan baik. Objektif utama pihak pengkaji adalah untuk mengenalpasti punca masalah berkaitan pengurusan inventori yang tidak teratur. Objektif kedua adalah untuk menghasilkan satu produk yang dapat membantu kedai runcit NNZ ENTERPRISE dalam mengatasi masalah pengurusan inventori. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati inovasi “Rumble Rack” adalah jalan penyelesaiannya. Produk ini mempunyai elemen seperti ketinggiannya yang boleh diselaraskan mengikut ketinggian stor ataupun mengikut jumlah barangan yang akan disusun. Elemen tambahan dalam produk ini adalah teknologi pengukur berat yang membantu dalam memberikan amaran sekiranya berat yang ditampung oleh rak telah melebihi had. “Rubber Strip” merupakan salah satu ciri keselamatan rak ini sebagai langkah pencegahan kemalangan seperti produk terjatuh dan juga roda untuk tujuan pergerakan rak. Kesimpulannya, produk inovasi yang dihasilkan ini mampu untuk membantu pihak kedai runcit dalam menguruskan inventori mereka sekaligus ia juga mampu untuk mengurangkan pembaziran masa bagi pihak kedai untuk mencari inventori mereka serta mengurus perancangan pusing ganti inventori mereka. Inovasi “Rumble Rack” ini juga bukan sahaja boleh digunakan oleh kedai runcit malah ianya juga boleh digunakan oleh perniagaan-perniagaan SME yang lain.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/195
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Final Business Project_ Group 8.pdf2.47 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.