Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/198
Title: EP&A
Authors: MOHD ARIEF HAIQAL BIN MOHD FAUZI
SURENDRAN A/L ARUMUGAM
KOGELAH A/P SIVARAJA
NOORHAYATI BINTI RIDZUAN
MUHAMAD AQIL BIN ZULKIFLI
Keywords: Mobile Apps
Issue Date: 2022
Abstract: EP&A merupakan satu aplikasi yang memaparkan pencapaian dan prestasi pekerja bagi membantu Syarikat Xceed Serum dalam meningkatkan motivasi pekerja. Kajian dilakukan terhadap sebuah syarikat iaitu Xceed Serum yang bertujuan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Hasil dari kajian tersebut mendapati syarikat tersebut menghadapi beberapa masalah berkaitan ejen. Syarikat Xceed Serum menghadapi masalah apabila terdapat ejen tidak bersemangat dalam menjalankan dan mengembangkan perniagaan ini. Hal ini berlaku apabila, ejen merasa tidak dihargai oleh pihak HQ. Selain itu, ejen yang direkrut tidak konsisten melakukan jualan, ia disebabkan ejen tersebut perlu diarah untuk melakukan promosi di media sosial. Di samping itu, syarikat ini juga mempunyai ejen yang mendiamkan diri tanpa sebarang kenyataan. Pada awal penyertaan, ejen tersebut mempunyai semangat untuk mengubah hidup tetapi semakin lama semakin kurang percaya terhadap diri sendiri. Tujuan penghasilan EP&A adalah untuk meningkatkan persaingan di kalangan ejen dengan cara memaparkan pencapaian secara terbuka. Jangkaan penerimaan ejen terhadap EP&A ini adalah positif disebabkan setiap ejen boleh membandingkan pencapaian dengan ejen lain, sekaligus mampu meningkatkan motivasi pekerja untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Oleh itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan EP&A kepada semua ejen di Syarikat Xceed Serum.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/198
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
G2 - EP&A APPS.pdf1.05 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.