DSpace About DSpace Software
 

PSP Repository >
Project Papers >
Department of Commerce (FYP) >

Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/2023

Title: Mengkaji literasi kewangan dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai
Authors: Gahyathiri Shunmugam
Noraidil Erma Nora Jamridil
Hasmirah Ngatman
Nurul Izzati Mohd Nazir
Muhamad Fitri Shahiran
Keywords: Finance, Personal
Issue Date: 13-Feb-2019
Series/Report no.: ;1241
Description: Pengurusan kewangan memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang pelajar. Tanpa pengurusan kewangan yang baik akan menyebabkan berlaku masalah dalam mengagihkan sumber kewangan yang diperoleh, masalah ini bukanlah suatu isu baru dalam kehidupan pelajar di IPT. Justeru satu penyelidikan perlu dijalankan untuk melihat pengurusan kewangan pelajar tahun 1 hingga tahun 3, Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang responden yang dipilih secara rawak dan kajian ini adalah berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagia A yang memuatkan latar belakang responden dan bahagian B yang terdiri daripada 23 item soalan berkaitan dengan objektif kajian iaitu tentang pendedahan, amalan dan kesedaran tentang pengurusan kewangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa sumber kewangan pelajar yang utama adalah melalui pinjaman diikuti bantuan ibu bapa. Kajian ini juga menunjukkan pembelajaran merupakan aspek yang paling utama dalam perbelanjaan mereka. Selain itu, terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan berkaitan dengan kewangan di peringkat pendidikan tinggi. Justeru, penyelidik mencadangkan agar mahasiswa berusaha untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan, di samping semua pihak yang berkaitan memainkan peranan untuk memastikan mahasiswa dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/2023
Appears in Collections:Department of Commerce (FYP)

Files in This Item:

File Description SizeFormat
Literasi kewangan.pdf411.52 kBAdobe PDFView/Open
View Statistics

Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.

 

Valid XHTML 1.0! DSpace Software Copyright © 2002-2010  Duraspace - Feedback