Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/210
Title: KAJIAN KEPERLUAN DAN KEBERKESANAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL SYARIKAT PERCETAKAN THIRUMUGAM
Authors: DAPHNE ANN DAVID
NAOMI MURALI
VISALLEMBGEI MANIVANNAN
THILAGESWARRY SILVERKUMAR
Keywords: Green Technology
Issue Date: 2022
Abstract: Kajian ini merujuk kepada Teknologi hijau iaitu sejenis teknologi yang dianggap mesra alam berdasarkan proses pengeluaran atau rantaian bekalannya. Teknologi hijau juga merujuk pada produksi tenaga bersih, penggunaan bahan bakar alternatif, dan teknologi yang kurang berbahaya bagi lingkungan daripada bahan bakar fosil. Dalam kajian ini pengkaji bercadang untuk meyediakan satu Pengasingan sisa pepejal atau tong sampah secara mudahnya merujuk kepada apa sahaja bahan buangan yang tidak dikehendaki oleh pemiliknya sama ada kerana rosak, lusuh atau telah sampai jangka hayatnya. Kewujudan pelbagai masalah berkaitan sisa pepejal telah menyebabkan pengurusan lestari sisa pepejal telah diberi keutamaan dalam usaha memastikan kesihatan awam terjamin, alam sekitar dilindungi dan dipulihara, sumber alam terpelihara serta kebersihan persekitaran dan nilai estetik terjaga. Namun, kejayaan utama pengurusan sisa pepejal bersepadu amat bergantung kepada sokongan dan penglibatan komuniti setempat secara aktif iaitu dengan menghampirkan diri atau mempunyai hubungan rapat dengan perancangan dan pelaksanaan sesuatu program berkaitan. Komuniti boleh berperanan antara lain dengan melaksanakan aktiviti kitar semula, pengkomposan serta pengasingan sisa pepejal di kedai berniaga, sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan. Pengalaman dan kejayaan yang ditunjukkan oleh komuniti di negara-negara lain juga boleh dipraktikkan di Malaysia dalam usaha mengurangkan pelupusan sisa pepejal dan meningkatkan penyertaan komuniti setempat dalam perkara ini.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/210
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FINAL REPORT(PENGASINGAN SISA PEPEJAL).pdf1.88 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.