Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/211
Title: KAJIAN KEPERLUAN DAN KEBERKESANAN BEESY KELULUT WEBSITE DI SUNGAI IMPIAN INDAH ENTERPRISE
Authors: AMIR BIN ROHIMI
SITI MAISARA BT JANI
NOOR ATHIRAH BT MOHD KHAIRI
RAJESHWARY A/P YUGAYSUARAN
Keywords: Web-based system
Issue Date: 2022
Abstract: Tajuk kajian kami ialah Beesy Kelulut Website. Hal ini kerana perusahaan Sungai Impian Indah Enterprise telah kekurangan pembelian kerana Malaysia mengalami pandemik Covid-19 pada tahun 2020 sehingga kini. Objektif yang ingin dicapai ialah mengenalpasti penternak madu kelulut dapat merekod hasil jualan melalui beesy kelulut website, mengenalpasti penternak kelulut dapat merekod jumlah stok melalui beesy kelulut website dan mengenalpasti penternak kelulut dapat mengetahui maklumbalas pelanggan melalui beesy kelulut website. Ketiga- tiga objektif ditetapkan adalah bertujuan untuk mengkaji produk yang kami hasilkan dapat membantu pemilik kelulut. Projek kami ini dijalankan di Gerai 2 Hutan Pelajaran, Air Hitam Dalam, 13300 Tasek Gelugur , Pulau Pinang. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui menyoal selidik kepada pemilik Sungai Impian Indah Enterprise. Borang analisis keperluan adalah jenis soal selidik yang dibuat untuk mengetahui adakah mereka memerlukan produk Beesy Kelulut Website ini dan apakah kelebihan yang diperolehi setelah mereka menggunakan produk Beesy Kelulut Website ini. Dengan mendapati bahawa website dapat merekod hasil jualan , merekod stok barang dan maklumbalas pelanggan. Hal ini kerana website ini digunakan untuk meningkatkan hasil jualan dalam perniagaan. Secara konklusinya, kami dapat mengetahui bahawa website amatlah penting dalam mempromosikan produk kerana dapat memudahkan pelanggan untuk membeli secara online. Jadi melalui projek ini kami telah bekerjasama menggabungkan idea-idea yang kreatif dengan mencipta website yang dipanggil sebagai Beesy Kelulut Website.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/211
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
FINAL REPORT - Beesy Kelulut Website.pdf4.03 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.