dc.description.abstract |
Tajuk projek ialah Aplikasi “Visual Perception Learning App For Autism Kids”. Projek ini dibangunkan untuk membantu kanak – kanak autism untuk belajar dengan cara pembelajaran yang lebih innovatif. Penggunaan aplikasi dalam pembelajaran kanak – kanak autism mengaplikasikan kemahiran persepsi visual, “hand coordination” dan ” free writing skills” dengan lebih baik berbanding cara pembelajaran dengan penggunaan kad manual. Antara masalah yang dapat kami kenalpasti ialah kos yang tinggi diperlukan untuk membeli kad-kad manual. Pengiraan skor juga dapat disimpan untuk melihat perkembangan pelajar. Aplikasi ini dibangunkan dengan perisian Android Studio.. Selain itu, kad- kad manual tersebut juga terhad untuk didapati di pasaran. Kami menggunakan konsep “drag and drop” yang digabungkan dengan penggunaan bentuk – bentuk asas seperti petak, pyramid, segi empat tepat, bulatan dan sebagainya. Aplikasi ini dibangunkan bukan sahaja untuk kegunaan kanak – kanak autism malah tenaga pengajar dan ibu bapa juga boleh memuat turun aplikasi kami ini. |
en_US |