Abstract:
Kajian ini dijalankan di Politeknik Seberang Perai iaitu kepada pelajar Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap kefahaman subjek teori yang mereka pelajari. Dengan itu pengkaji memilih subjek DPD40143 Islamic Banking Product and Services (IBPS) iaitu subjek semester 4 sebagai salah satu subjek teori dengan usaha untuk memastikan para pelajar dapat memahami subjek ini dengan baik. Selepas membuat soal selidik bersama pelajar-pelajar kursus Kewangan Dan Perbankan Islam semester 4 dan 5, terdapat masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk belajar subjek teori yang padat dengan pembacaan dan penghafalan. Selain itu, para pelajar ingin memahami subjek ini dengan baik agar mendapat keputusan yang cemerlang serta ilmu kewangan yang mantap. Oleh itu, pengkaji telah membuat keputusan untuk membangunkan laman sesawang permainan iaitu Laman Sesawang iBanking Play agar dapat menarik minat serta menjadi motivasi kepada pelajar untuk menimba ilmu bagi subjek teori yang dikatakan susah untuk mereka fahami dan menghafalnya. Dengan adanya Laman Sesawang iBanking Play ini ia dapat memudahkan para pelajar serta salah satu asbab pelajar seronok untuk belajar subjek teori dengan mudah. Laman sesawang ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam dan memberi impak kepada pelajar dalam memastikan pembelajaran yang efektif. Semoga laman sesawang permainan ini dapat membantu pelajar menaikkan semangat untuk terus berjaya dalam pembelajaran mereka.