Abstract:
Pusat Islam di Politeknik Seberang Perai mengalami kesukaran untuk mendapatkan dana bagi menjayakan projek wakaf yang telah dirancang oleh pihak pengurusan Pusat Islam. Oleh hal yang demikian, para pengkaji berusaha mengumpulkan maklumat daripada para pelajar dan pensyarah untuk memperoleh maklumat dengan lebih tepat dan jelas. Dalam pada itu, tercetusnya idea daripada para pengkaji untuk mewujudkan laman sesawang bagi menangani permasalahan ini. Konsep yang diguna pakai adalah Donation-based Crowdfunding, iaitu dana dikumpul melalui sumbangan orang ramai. Laman sesawang ini diberi nama PI PSP “Jom Donate” dan dikhususkan untuk warga Politeknik Seberang Perai menderma sebahagian wang mereka untuk kegunaan projek wakaf Pusat Islam. Tujuan PI PSP “Jom Donate” ini dibangunkan bagi memudahkan dan mempercepatkan sasaran pengumpulan dana dicapai. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dalam laman sesawang ini, salah satunya mesra pengguna. Dengan adanya PI PSP “Jom Donate” ini diharapkan dapat memberi kemudahan kepada pihak pengurusan Pusat Islam serta memberi keberkesanan yang baik melalui maklum balas positif daripada pengguna warga Politeknik Seberang Perai.