DSpace Repository

APLIKASI LetsMakan(PSP)

Show simple item record

dc.contributor.author MUHAMMAD FARIS HAIKAL BIN MOHD AZMIZAM
dc.contributor.author MOHAMAD AZRI AKMAL BIN MAT JALIL
dc.contributor.author MUHAMMAD FARIS IZZAT BIN NOR AZLAN
dc.date.accessioned 2023-03-03T03:19:19Z
dc.date.available 2023-03-03T03:19:19Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/146
dc.description.abstract Kantin atau kafe merupakan salah satu keperluan utama bagi para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang kerana banyak makanan yang dijual di kafe atau kantin lebih murah dan digemari oleh pelajar. Setelah membuat pemantauan, pengkaji menemukan masalah yang dihadapi oleh para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu di mana sebahagian dari pelajar membeli makanan diluar kerana permintaan makanan di kafe atau dikantin amat memberangsangkan. Hal ini kerana segelintir pelajar merasakan bahawa kadangkala beratur di kantin atau cafe untuk membeli makanan amatlah menyusahkan. Oleh yang demikian, pihak pengkaji memutuskan bahawa aplikasi“LetsMakan(PSP)” adalah jalan yang terbaik untuk diwujudkan supaya para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dapat membuat pesanan secara atas talian lalu pelajar dapat pergi ke kantin atau kafe untuk mengambil makanan yang telah dipesan. Ianya juga sesuai bagi para pelajar zaman kini yang hidup dalam serba moden kerana menurut pengkaji rata-rata pelajar kini mempunyai telefon pintar malah ianya telah menjadi keperluan yang wajib yang digunakan setiap hari. Bukan hanya untuk berhubung dan berhibur, telefon pintar juga boleh digunakan untuk memudahkan proses pembelajaran. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat atau mengetahui hal luar mahupun dalam negara juga hanya melihat di hujung jari. Jadi, dengan adanya “LetsMakan(PSP)” ini, ianya dapat memberi kesan yang cukup sistematik dan cekap kepada para pengguna. Bukan itu sahaja malah ianya juga dapat dinikmati oleh seluruh warga Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang seperti pensyarah, staff dan lain-lain. Sistem ini juga dapat memberi impak positif kepada pihak kantin dan kafe sendiri. Hal ini akan menyebabkan para pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang lebih tertarik untuk membeli di kantin dan kafe berbanding di luar sekaligus ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. en_US
dc.subject Mobile Apps en_US
dc.title APLIKASI LetsMakan(PSP) en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account