DSpace Repository

E-KAMUS KOD TADBIR URUS KORPORAT (MCCG)

Show simple item record

dc.contributor.author NUR AISYAH AQILAH BINTI NAZROL FAIZI
dc.contributor.author NURUL ATHIRAH BINTI LOKMAN
dc.contributor.author AHMAD IZHAM BIN KAMARULIZAM
dc.contributor.author MUHAMMAD DANIAL AFIQ BIN ABDUL RAHMAN
dc.date.accessioned 2023-03-03T03:24:09Z
dc.date.available 2023-03-03T03:24:09Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/148
dc.description.abstract Politeknik Seberang Perai merupakan pusat pengajian yang menawarkan pelbagai bidang ilmu pendidikan kepada pelajar. Antara bidang ilmu yang dipelajari oleh pelajar adalah berkaitan tadbir urus yang terkandung dalam program Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam adalah untuk mengakses sumber maklumat dengan tepat dan mudah seperti kod-kod tadbir urus korporat Malaysia. Hal ini kerana kod-kod tadbir urus korporat Malaysia yang terlalu banyak dan padat menyebabkan pelajar mengambil masa yang lebih lama untuk membuat pembacaan dan pengkajian melalui dokumen manual. Objektif utama pihak pengkaji adalah untuk mengenalpasti masalah capaian kod tadbir urus korporat Malaysia (MCCG) bagi pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam yang mengambil subjek Islamic Financial Service, Legal and Governance Framework. Kaedah kajian ini merupakan kajian jenis nyata secara kualitatif dengan pembangunan produk inovasi. Namun soal selidik juga digunakan diawal kajian bagi mendapatkan maklum balas pelajar tentang keperluan menghasilkan inovasi bagi permasalah kajian yang ditemui. Hasil daripada kajian yang dilakukan, pihak pengkaji akan membantu pelajar yang menghadapi kesukaran untuk menghafal dan mencari kod-kod tadbir urus korporat yang sahih secara percuma dan akan sering dikemas kini dari semasa ke semasa. Oleh itu, pihak pengkaji mencadangkan untuk membina satu produk inovasi laman sesawang E-Kamus Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dalam bentuk buku elektronik (E-Book) bagi memudahkan pelajar untuk mencari sumber maklumat berkaitan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia. en_US
dc.subject Electronic books en_US
dc.title E-KAMUS KOD TADBIR URUS KORPORAT (MCCG) en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account