Abstract:
Laman web ini bukan sahaja bertujuan memudahkan pelajar dan penjual makanan untuk menyelesaikan permasalahan yang sering terjadi, malahan dapat menjadi satu alternatif kepada para pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini kerana. Laman web ‘MauSihat’ dilengkapi dengan kemudahan pengiraan kalori bagi setiap menu yang disediakan. Bahkan, ianya mempunyai cadangan senaman ringan bagi membakar jumlah kalori yang diambil setiap hari. Ini dapat menggalakkan pelajar melakukan senaman dan kekal aktif sepanjang hari. Objektif kajian ini dijangka dapat meningkatkan sistem penempahan makanan di kafe dan menyumbang kepada sahsiah kesihatan para pelajar di Politeknik Seberang Perai.