DSpace Repository

KAJIAN KEBERKESANAN INSTA WEB MENU DI GERAI POJAN CHAR KUEY TEOW DI BANTING SELANGOR

Show simple item record

dc.contributor.author SITI NORSHAHIRA BINTI ROSLI
dc.contributor.author NUR AISYATUL UMAIRAH BINTI SHAIFUL AZLI
dc.contributor.author NOOR AFIFAH BINTI MISRIJAN
dc.contributor.author MOHAMAD AIZAT BIN AZLAN
dc.contributor.author HARENA A/P VICKNESWARAN
dc.date.accessioned 2023-03-06T04:53:37Z
dc.date.available 2023-03-06T04:53:37Z
dc.date.issued 2022
dc.identifier.uri http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/161
dc.description.abstract Tajuk kajian kami ialah Insta Web Menu. Hal ini kerana perusahaan Gerai Pojan Char Kuey Teow ini telah menghadapi masalah untuk merekod pesanan pelanggan, masalah penipuan dalam pembayaran serta masalah kesukaran kepada peniaga untuk merekod jumlah jualan akhir perniagaan. Objektif yang ingin dicapai ialah mengenalpasti penggunaan Insta Web Menu dapat merekod pesanan pelanggan, mengenalpasti penggunaan Insta Web Menu dapat merekod notifikasi pembayaran yang telah dilakukan oleh pelanggan, dan mengenalpasti penggunaan Insta Web Menu dapat merekod jumlah jualan. Ketiga-tiga objektif ini ditetapkan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Insta Web Menu di Gerai Pojan Char Kuey Teow. Projek kami ini dijalankan di Gerai Pojan Char Kuey Teow, Jalan Cengal, Taman Banting Baru, 42700, Banting, Selangor. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal selidik kepada pemilik Gerai Pojan Char Kuey Teow. Borang analisis keperluan adalah jenis soal selidik yang dibuat untuk mengetahui sama ada perniagaan Gerai Pojan Char Kuey Teow ini memerlukan Insta Web Menu dan apakah kelebihan yang diperolehi oleh perniagaan ini setelah mereka menggunakan Insta Web Menu. Kesimpulannya, berikutan era globalisasi ini, ramai peniaga yang telah menukarkan kaedah pesanan makanan secara atas talian. Hal ini juga mendapat sambutan yang baik oleh penggunanya. Ini kerana, mereka rasa lebih selesa dan mudah untuk membuat pesanan. Disebabkan itu, kami telah berbincang bersama ahli kumpulan untuk memilih Insta Web Menu di perusahaan Gerai Pojan Char Kuey Teow. en_US
dc.subject Management Systems en_US
dc.title KAJIAN KEBERKESANAN INSTA WEB MENU DI GERAI POJAN CHAR KUEY TEOW DI BANTING SELANGOR en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account