Abstract:
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai keberkesanan laman web Ez Home Budget bagi membantu setiap isi rumah yang mempunyai keluarga ataupun individu itu sendiri dengan menggunakan laman web tersebut. Tujuan laman web ini dibangunkan adalah bertujuan untuk membantu individu atau keluarga itu dalam merancang perbelanjaan seharian. Kajian ini juga tertumpu kepada para individu, pelajar dan keluarga yang berkeperluan merancang kewangan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pembelian. Seterusnya, pengkaji juga telah mendapatkan maklum balas daripada responden tentang analisis keperluan tentang laman web yang akan dibangunkan. Dengan itu, seramai 30 orang yang telah menjadi responden analisis keperluan pengkaji. Setiap responden ini telah isi borang soal selidik melalui google form bagi memperolehi maklumat kajian yang dikehendaki. Segala maklumat akan di proses menggunakan perisisan Microsoft Word dan Microsoft Excel. Oleh itu,dapatan kajian telah mendapati bahawa analisis keperluan kajian ini dapat memperolehi keputusan yang bagus dan sempurna bagi membangunkan laman web berkenaan. Pengkaji berharap dengan dapatan kajian ini boleh membantu sedikit sebanyak tentang permasalahan yang telah berlaku dalam sesebuah keluarga tersebut. Kesimpulannya, pengkaji berharap agar laman web yang dibina ini akan memberi impak positif kepada individu atau keluarga itu dalam merancang perbelanjaan harian mereka tanpa ada pembaziran yang akan berlaku kelak.