Abstract:
Projek ini dihasilkan adalah untuk sebuah restoran yang terletak di kampung Lubuk Meriam ,
Kepala Batas yang hanya mempunyai satu cawangan sahaja . Bagi memudahkan
pengumpulan maklumat dan kajian, kami memilih Kafe Paksy untuk menjalankan kajian.
Tujuan projek ini dijalankan ialah untuk menyelesaikan masalah Kafe Paksy yang mengalami
kekurangan pekerja serta memudahkan pengoperasian di Kafe Paksy . Tujuan projek tersebut
di bina untuk memudahkan urusan pelanggan juga dapat mengelakkan pembaziran yang
berlaku .Di Café Paksy menyediakan air percuma untuk pelanggan mengambil tanpa had dan
sering berlakunya pembaziran air tumpah . Sumber dalam kajian ini adalah daripada sesi
temubual bersama pengusaha Kafe Paksy , pekerja Café Paksy , internet dan jurnal. Kami menjalankan kajian ini berdasarkan objektif kajian yang dihasilkan iaitu, mengenalpasti samada project “ water dispenser “ membantu mengelakkan tumpahan mesin air di café tersebut disamping dapat mengelakkan tempat tersebut kotor dan tidak diurus akibat daripada penumpahan air .