Abstract:
Pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Seberang Perai mengalami kesukaran untuk mencari maklumat mengenai Islamic Crowdfunding yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana itu, pelajar terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan maklumat yang lengkap mengenai Islamic Crowdfunding. Selain itu, yang menjadikan pelajar kesulitan untuk mencari maklumat adalah kerana tiada platform khas yang meletakkan semua maklumat mengenai Islamic Crowdfunding di Malaysia kerana Islamic Crowdfunding ini masih kurang mendapat perhatian dari rakyat Malaysia. Oleh itu, tercetusnya idea dari pihak pengkaji untuk menghasilkan sebuah Islamic Crowdfunding E-book dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Islamic Crowdfunding E-book ini meliputi maklumat - maklumat tentang Islamic Crowdfunding di Malaysia dan NGO yang menguruskannya. Selain itu, E-book ini juga memberi info tentang contoh Islamic Crowdfunding yang telah dijalankan oleh syarikat- syarikat NGO tersebut dan memberi maklumat tambahan tentang Islamic Crowdfunding. Dengan adanya E-book ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mencari maklumat dan dapat menjimatkan masa dalam pencarian. Kesimpulannya, E-book ini dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar sekali gus menjadikan E-book ini sebagai bahan bacaan atau bahan rujukan pelajar.