DSpace Repository

INOVASI SISTEM E-FIQH DALAM MENAMBAHKAN PENGETAHUAN PELAJAR DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

Show simple item record

dc.contributor.author SITI NAJMIJA BINTI MUHAMAD FAUZI
dc.contributor.author NUR SYAZWANI BINTI NORMAN
dc.contributor.author CHARUMATHY ANANTHAN
dc.contributor.author SITI NURFAZILA BINTI JALALUDIN
dc.date.accessioned 2023-03-07T04:17:32Z
dc.date.available 2023-03-07T04:17:32Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.uri http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/188
dc.description.abstract Sistem E-Fiqh merupakan sebuah laman web yang telah diinovasikan oleh empat orang pengkaji. Laman web e-fiqh merupakan satu nota ringkas yang telah diambil daripada buku teks Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh. Produk inovasi ini telah diusahakan secara bersama diantara empat orang pengkaji iaitu Siti Najmija Muhamad Fauzi, Nur Syazwani Norman, Charumathy Ananthan dan Siti Nurfazila Jalaludin. Kajian ini melibatkan pelajar dari Kolej Kediaman Politeknik Seberang Perai. Produk inovasi ini dapat dibangunkan dengan jayanya untuk mengatasi isu pembelajaran yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi Politeknik Seberang Perai bagi mendapatkan nota ringkas bagi subjek Usul Fiqh. Tujuan pembangunan produk inovasi ini adalah untuk mengenalpasti masalah pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam yang sukar memahami isi dalam buku teks Usul Fiqh & Kaedah Fiqh. Dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi isu ini serta memudahkan kerja yang dilakukan agar dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pemahaman fiqh. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini menggunakan reka bentuk projek jenis nyata. Selain itu, tinjauan awal (survey) dijalankan diperingkat awal kajian bertujuan untuk melakukan tinjauan awal terhadap keperluan kajian ini dilakukan dan bersesuaian dengan produk inovasi yang dihasilkan. Seterusnya, analisis keberkesanan juga turut dilakukan bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan produk inovasi yang telah dihasilkan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif bagi mengumpul data. Soal selidik bagi analisis keberkesanan telah diedarkan dan seramai 60 orang responden telah menjawab soalan tersebut. Majoriti responden sangat setuju terhadap pembangunan produk inovasi ini. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa keberkesanan produk inovasi ini berada pada tahap yang tinggi. Pengkaji yakin bahawa produk inovasi ini mampu diluaskan penggunaannya jika dipandang dari sudut komersial. Kesimpulannya, diharap agar kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan pengkaji lain untuk kajian pada masa akan datang. Kata en_US
dc.subject Web-based system en_US
dc.title INOVASI SISTEM E-FIQH DALAM MENAMBAHKAN PENGETAHUAN PELAJAR DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account