Abstract:
Tujuan projek ini dibangunkan untuk syarikat EPM GROUP. Pengkaji ingin membangunkan sebuah website iaitu EPM DELIVERY untuk memudahkan sistem penghantaran di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai syarikat kurier yang efektif dan ia melambatkan proses penghantaran barang kepada pelanggan yang berada di kawasan luar bandar. Fungsi website EPM DELIVERY ini adalah dapat mencari runner yang berdaftar dalam website EPM DELIVERY untuk melakukan tugasan penghantaran barang dengan lebih pantas dan efektif. Pelanggan dapat mengenalpasti runner yang membuat penghantaran kepada mereka dan runner mendapat insentif daripada syarikat jika proses penghantaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Kesan daripada laman web yang pengkaji bangunkan ini, pelanggan EPM GROUP lebih cepat untuk mendapatkan barang yang mereka beli daripada syarikat EPM Group dan syarikat EPM Group juga dapat meluaskan pasaran mereka di serata pelusuk Malaysia jika proses penghantaran bukan lagi satu bebanan bagi mereka.