DSpace Repository

INOVASI “Rumble Rack” UNTUK MEMUDAHKAN PENGURUSAN INVENTORI BAGI KEDAI RUNCIT NNZ ENTERPRISE DI KAWASAN PERUMAHAN JALAN SANGLANG, KEDAH

Show simple item record

dc.contributor.author MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN MD ASMADI
dc.contributor.author ADAM AMRI BIN MANSOR
dc.contributor.author NURAIN SYAZANA BINTI MOHD NISIZAM
dc.contributor.author LOSHINI A/P ELEKOVAN
dc.date.accessioned 2023-03-07T07:44:34Z
dc.date.available 2023-03-07T07:44:34Z
dc.date.issued 2021
dc.identifier.uri http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/195
dc.description.abstract Pengurusan inventori merupakan salah satu elemen yang penting dan perlu ada di setiap perniagaan sama ada perniagaan besar mahupun perniagaan kecil seperti kedai runcit. Kedai Runcit NNZ ENTERPRISE merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal yang terletak di kawasan perumahan Jalan Sanglang di bandaraya Kedah. Pengurusan inventori merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh kedai runcit tersebut. Hal ini kerana, apabila inventori tidak dikawal dengan baik ia akan menjejaskan proses kelancaran kedai tersebut untuk terus beroperasi dengan baik. Objektif utama pihak pengkaji adalah untuk mengenalpasti punca masalah berkaitan pengurusan inventori yang tidak teratur. Objektif kedua adalah untuk menghasilkan satu produk yang dapat membantu kedai runcit NNZ ENTERPRISE dalam mengatasi masalah pengurusan inventori. Oleh yang demikian, pengkaji mendapati inovasi “Rumble Rack” adalah jalan penyelesaiannya. Produk ini mempunyai elemen seperti ketinggiannya yang boleh diselaraskan mengikut ketinggian stor ataupun mengikut jumlah barangan yang akan disusun. Elemen tambahan dalam produk ini adalah teknologi pengukur berat yang membantu dalam memberikan amaran sekiranya berat yang ditampung oleh rak telah melebihi had. “Rubber Strip” merupakan salah satu ciri keselamatan rak ini sebagai langkah pencegahan kemalangan seperti produk terjatuh dan juga roda untuk tujuan pergerakan rak. Kesimpulannya, produk inovasi yang dihasilkan ini mampu untuk membantu pihak kedai runcit dalam menguruskan inventori mereka sekaligus ia juga mampu untuk mengurangkan pembaziran masa bagi pihak kedai untuk mencari inventori mereka serta mengurus perancangan pusing ganti inventori mereka. Inovasi “Rumble Rack” ini juga bukan sahaja boleh digunakan oleh kedai runcit malah ianya juga boleh digunakan oleh perniagaan-perniagaan SME yang lain. en_US
dc.subject Stock take en_US
dc.title INOVASI “Rumble Rack” UNTUK MEMUDAHKAN PENGURUSAN INVENTORI BAGI KEDAI RUNCIT NNZ ENTERPRISE DI KAWASAN PERUMAHAN JALAN SANGLANG, KEDAH en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account