dc.description.abstract |
Aplikasi E-Meals merupakan salah satu aplikasi yang dihasilkan bagi membantu Syarikat
Chawin Trading untuk memesan makanan secara dalam talian. Pengkaji menghasilkan
aplikasi E-Meals yang merupakan platform dimana setiap pekerja tidak perlu keluar
untuk membawa pulang makanan. Tujuan penghasilan aplikasi E-Meals adalah untuk
memudahkan para pekerja pengesanan makanan. Pengurusan syarikat juga dapat
memberikan elaun melalui aplikasi. Dengan menggunakan aplikasi E-Meals ini para
pekerja dapat mengelakkan diri dari dijangkiti virus covid-19. Dengan menggunakan
aplikasi ini juga, Pekerja mendapatkan makanan tepat pada waktunya, dan dapat bekerja
semula pada masa yang tetapkan. Pada masa yang sama, melalui aplikasi ini pekerja
boleh membuat pilihan membeli makanan daripada kedai makanan yang tersenarai di
dalam E-Meals. Dengan aplikasi ini, pengkaji yakin bahawa syarikat dapat membantu
pekerja mereka untuk membuat pesanan makanan tanpa perlu keluar daripada tempat
kerja. Oleh itu, pengkaji mengharapkan aplikasi E-Meals ini dapat membantu Syarikat
Chawin Trading dan juga dapat digunakan oleh mana-mana syarikat untuk membantu
pekerja mereka membeli makanan. |
en_US |