dc.description.abstract |
Projek ini dihasilkan adalah untuk sebuah restoran yang menyediakan makanan seperti bakso dan pelbagai jenis makanan tempatan yang lain. Restoran ini merupakan sebuah
restoran makanan yang hanya mempunyai satu cawangan sahaja di Tikam Batu, Kedah. Bagi memudahkan pengumpulan maklumat dan kajian, kami memilih Iffa Cafe untuk menjalankan kajian. Tujuan projek ini dijalankan ialah untuk menyelesaikan masalah Iffa Cafe yang mengalami kekurangan pekerja serta memudahkan pengurusan operasi di Iffa Cafe. Pekerja di Iffa Cafe sebelum ini terpaksa melakukan banyak kerja serta sistem operasi harian menjadi tidak terurus. Mereka tidak dapat membuat penumpuan terhadap sesuatu pekerjaan malahan terpaksa membuat pelbagai kerja serentak dalam satu masa yang sama. Lanjutan daripada itu, penyediaan makanan di Iffa Cafe juga menjadi sangat lambat kerana tiada komitmen dan fokus dari pekerja untuk menyiapkan hidangan. Para pelanggan pula terpaksa menunggu dengan tempoh masa yang lama untuk menjamu selera. Bukan menunggu untuk menjamu selera sahaja malah, mereka terpaksa menunggu untuk pelayan mengambil pesanan mereka juga. Sumber dalam kajian ini adalah daripada sesi temubual bersama pengusaha Iffa Cafe, pekerja Iffa Cafe, internet dan jurnal. Kami menjalankan kajian ini berdasarkan objektif kajian yang dihasilkan iaitu, mengenalpasti samada aplikasi “Iffa Kitchen’’ membantu menguruskan operasi harian dengan lebih cekap, mengenal pasti samada aplikasi “Iffa Kitchen’’ mampu mengurangkan kos operasi
Iffa Cafe yang tinggi dan mengenalpasti samada aplikasi ‘’Iffa Kitchen’’ dapat mengurangkan isu pengurusan masa di kalangan pekerja. |
en_US |