Abstract:
Berdasarkan tugas yang diberikan , kami diminta untuk mencari sebuah organisasi . Berdasarkan
organisasi yang kami pilih , kami ditugaskan untuk menganalisis masalah yang dihadapi oleh
organisasi tersebut . Setelah kami berjaya mengadakan sesi temu ramah bersama pegawai unit
Business Operation Excellent Telekom Malaysia , kami berjaya mengenalpasti bahawa organisasi ini
masih belum menggunakan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia ketika ini . Organisasi TM belum lagi
membuat inovasi baharu dengan konsep Revolusi Industri 4.0 di Malaysia . Kami berjaya
menghasilkan satu kaedah untuk membuat aplikasi Virtual Tour yang dapat digunakan oleh
organisasi TM untuk mengikuti IR 4.0 terkini . Kami juga berjaya menggunakan aplikasi Virtual Tour
untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh TM . Sebagai kesimpulan , aplikasi Virtual
Tour ini dapat mengubah operasi di unit Business Operation Excellent ( BOE ) Telekom Malaysia lebih
mudah untuk dikendalikan . Ringkasnya , aplikasi Virtual Tour ini masih berpotensi besar untuk
dikembangkan pada masa akan datang .
6