dc.description.abstract |
Berdasarkan kajian yang diberi, penyelidik perlu mencari sebuah organisasi. Penyelidik haruslah menganalisis masalah yang dihadapi oleh organisasi yang dipilih. Setelah penyelidik mengadakan satu sesi temu ramah dengan pengawai organisasi Yeop Carwash yang terletak di Teluk Intan Perak, penyelidik mendapati bahawa organisasi ini tidak menggunakan Revolusi Industri 4.0. Penyelidik berjaya menghasilkan satu cara untuk memudahkan dan memuaskan pelangan yang datang ke Yeop Carwash. Satu applikasi akan dibina untuk memudahkan pelanggan.
Selain itu, perkara ini akan memuaskan pelanggan kerana masalah yang selalu dihadapi oleh pelanggan adalah apabila kereta untuk mencuci banyak, pelanggan terpaksa menunggu giliran yang mungkin mengambil masa yang agak lama. Hal ini demikian, Revolusi Industri 4.0 dapat mengatasi masalah ini. Bagi peneranggan yang lebih terperinci, applikasi penyelidik dapat memuaskan hati pelanggan kerana pelanggan tidak perlu menunggu berjam-jam untuk giliran, manakala mereka hanya perlu tempah perkhidmatan mencuci kereta melalui applikasi dan pekerja-pekerja akan terus ke rumah untuk mencuci kereta. |
en_US |