dc.description.abstract |
Tajuk kajian kami ialah Beesy Kelulut Website. Hal ini kerana perusahaan Sungai Impian
Indah Enterprise telah kekurangan pembelian kerana Malaysia mengalami pandemik Covid-19
pada tahun 2020 sehingga kini. Objektif yang ingin dicapai ialah mengenalpasti penternak
madu kelulut dapat merekod hasil jualan melalui beesy kelulut website, mengenalpasti
penternak kelulut dapat merekod jumlah stok melalui beesy kelulut website dan mengenalpasti
penternak kelulut dapat mengetahui maklumbalas pelanggan melalui beesy kelulut website.
Ketiga- tiga objektif ditetapkan adalah bertujuan untuk mengkaji produk yang kami hasilkan
dapat membantu pemilik kelulut. Projek kami ini dijalankan di Gerai 2 Hutan Pelajaran, Air
Hitam Dalam, 13300 Tasek Gelugur , Pulau Pinang. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan
untuk menyiapkan projek ini ialah melalui menyoal selidik kepada pemilik Sungai Impian
Indah Enterprise. Borang analisis keperluan adalah jenis soal selidik yang dibuat untuk
mengetahui adakah mereka memerlukan produk Beesy Kelulut Website ini dan apakah
kelebihan yang diperolehi setelah mereka menggunakan produk Beesy Kelulut Website ini.
Dengan mendapati bahawa website dapat merekod hasil jualan , merekod stok barang dan
maklumbalas pelanggan. Hal ini kerana website ini digunakan untuk meningkatkan hasil jualan
dalam perniagaan. Secara konklusinya, kami dapat mengetahui bahawa website amatlah
penting dalam mempromosikan produk kerana dapat memudahkan pelanggan untuk membeli
secara online. Jadi melalui projek ini kami telah bekerjasama menggabungkan idea-idea yang
kreatif dengan mencipta website yang dipanggil sebagai Beesy Kelulut Website. |
en_US |