Abstract:
Syarikat Panasonic di 117 Jalan Macallister, George Town, 11400 George Town Pulau Pinang adalah syarikat pembuatan dan penjualan peralatan elektrik dan elektronik. Syarikat ini diiktiraf oleh syarikat Panasonic Malaysia. Disebabkan pandemik Covid-19 produk kipas Panasonic tidak terjual dan menyebabkan stok berlebihan. Syarikat Panasonic mengalami kerugian sebanyak RM49,552,00 pada tahun 2021 berbanding hasil jualan produk kipas syarikat Panasonic pada tahun 2020. Objektif yang dikaji adalah untuk memastikan memudahkan syarikat Panasonic untuk mengurangkan kerugian. Maklumat yang diperolehi untuk kajian ini adalah melawat syarikat Panasonic dan hasil temu ramah pengurus syarikat Panasonic. Hasil pendapatan kajian syarikat memerlukan inovasi terhadap produk kipas syarikat Panasonic.