dc.description |
Kajian ini merupakan suatu penyelidikan umum berkenaan faktor-faktor pemilihan Keretapi TanaH Melayu (KTM) (i-Card Student) dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kawasan Permatang Pauh. Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai faktor – faktor pemilihan KTM (I-Card Student) daripada pelajar IPT. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengetahui faktor manakah yang mempengaruhi pelajar untuk memiliki KTM (I-Card student) ini. Antara faktor adalah faktor harga, faktor promosi dan juga faktor kualiti perkhidmatan. Seramai 100 orang pelajar yang memiliki KTM ( I Card Student) dipilih di IPT sekitar Permatang Pauh untuk menjawb 100 borang kaji selidik. Borang soal selidik yang terdiri sebanyak 35 soalan yang telah diedarkan kepada reponden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peritus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package Of The Social Sciences. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap semua factor. |
en_US |