dc.description |
Projek logistik ini dilaksanakan bagi tujuan untuk mengkaji tahap kepuasan peruncit terhadap perkhidmatan pengedaran produk syarikat Rohaya & Abu Bakar. Selain itu,pengkaji juga melihat faktor-faktor yang berkaitan dengan penghantaran, perundingan dan maklumat produk yang memberi kesan kepada tahap kepuasan peruncit Rohaya &Abu Bakar. Instrumen kajian yang digunakan bagi menjawab objektif kajian ialah berbentuk borang soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Populasi kajian ini Peruncit yang menjual produk Rohaya & Abu Bakar di sekitar Pulau Pinang. Manakala, sampel peruncit yang menggunakan perkhidmatan pengedaran produk Syarikat Rohaya & Abu Bakar di sekitar Pulau Pinang. Di samping itu, seramai 100 orang responden telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Seterusnya, data-data yang terkumpul di proses dan di analisis dengan menggunakan Statistical Package of Social Science" (SPSS). Cronbach Alpha bagi aspek penghantaran 0.872, aspek perundingan 0.791 dan aspek maklumat produk 0.722. Manakala, min purata bagi aspek penghantaran sebanyak 3.97 pada tahap tinggi, aspek perundingan sebanyak 4.03 pada tahap tinggi dan maklumat produk 3.78 pada tahap tinggi. Akhirnya, cadangan yang dikemukakan terbahagi kepada tiga iaitu kepada Syarikat Rohaya & Abu Bakar, kepada Peruncit dan pengkaji akan datang. |
en_US |