dc.description |
Duit syiling merupakan medium yang sangat diperlukan dalam sesebuah perniagaan seperti dobi layan diri, kedai runcit, kedai makan dan sebagainya. Duit syiling mempunyai ciri yang berbeza dari segi jisim dan berat tetapi kegunaannya adalah sama. Namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha kecil seperti mengalami masalah dalam cara pengiraan, pengasingan dan penjumlahan duit syiling. Selain itu, pengusaha tersebut perlu mencari tenaga pekerja supaya dapat mengurangkan masa dalam proses pengasingan serta pengiraan. Produk ini adalah tentang mesin yang dicipta untuk mengasingkan dan menjumlahkan duit syiling seperti syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen baru dan lama. Tujuan awal produk ini dihasilkan adalah untuk membantu para pengusaha kecil untuk mengurangkan masa, tenaga kerja serta memudahkan proses pengiraan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan 2 set soal selidik yang mengandungi 23 item. Data yang dikumpulkan merangkumi aspek sebelum dan selepas kewujudan 'Coins Sorting Machine' kepada pengusaha-pengusaha kecil, kekerapan penggunaan syiling tersebut dan persepsi responden terhadap 'Coins Sorting Machine'. |
en_US |