Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/142
Title: Laman Sesawang iBanking Play”
Authors: NUR ATMA AMIRA BINTI MOHD KHUZANI
NUR ZAFIRAH HUSNA BINTI ZAMRI
KHAIRUL IKHWAN BIN SHAHARU
MUHAMAD ZIKRIL HAKIM BIN AUZAIRI
MUHAMAD FARHAN BIN SHABUDIN
Keywords: Web-based system
Issue Date: 2022
Abstract: Kajian ini dijalankan di Politeknik Seberang Perai iaitu kepada pelajar Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji tahap kefahaman subjek teori yang mereka pelajari. Dengan itu pengkaji memilih subjek DPD40143 Islamic Banking Product and Services (IBPS) iaitu subjek semester 4 sebagai salah satu subjek teori dengan usaha untuk memastikan para pelajar dapat memahami subjek ini dengan baik. Selepas membuat soal selidik bersama pelajar-pelajar kursus Kewangan Dan Perbankan Islam semester 4 dan 5, terdapat masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk belajar subjek teori yang padat dengan pembacaan dan penghafalan. Selain itu, para pelajar ingin memahami subjek ini dengan baik agar mendapat keputusan yang cemerlang serta ilmu kewangan yang mantap. Oleh itu, pengkaji telah membuat keputusan untuk membangunkan laman sesawang permainan iaitu Laman Sesawang iBanking Play agar dapat menarik minat serta menjadi motivasi kepada pelajar untuk menimba ilmu bagi subjek teori yang dikatakan susah untuk mereka fahami dan menghafalnya. Dengan adanya Laman Sesawang iBanking Play ini ia dapat memudahkan para pelajar serta salah satu asbab pelajar seronok untuk belajar subjek teori dengan mudah. Laman sesawang ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam dan memberi impak kepada pelajar dalam memastikan pembelajaran yang efektif. Semoga laman sesawang permainan ini dapat membantu pelajar menaikkan semangat untuk terus berjaya dalam pembelajaran mereka.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/142
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LAPORAN AKHIR PP_ Laman iBanking Play.pdf1.26 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.