Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/150
Title: CURRYPUFF MAKER PROMAX
Authors: MUHAMMAD NAUFAL HAKIMI BIN ROSNIZAM
MUHAMAD ALIF NAJMI BIN ADANAN
SITI NURAISHAH BINTI KAMARUL ZAMAN
IRFAN DANIAL BIN ISMAIL
Keywords: Products
Issue Date: 2022
Abstract: CurryPuff Maker PromaX merupakan satu acuan yang dapat menghasilkan lebih banyak karipap untuk dipasarkan. Pengkaji menghasilkan projek ini kerana mereka mendapati Kedai Cucur Frozen Kak Su masih menggunakan acuan karipap yang hanya menghasilkan satu karipap sahaja. Tujuan penghasilan CurryPuff Maker PromaX ini adalah untuk membantu serta mempercepatkan proses penghasilan karipap dalam satu masa. Masih ramai peniaga yang masih menggunakan acuan karipap tradisional untuk menghasilkan sebiji karipap. CurryPuff Maker PromaX ini sangat bersesuaian dengan kepentingan pada masa kini, malah ianya dapat menpercepatkan proses dalam penghasilan karipap dengan lebih moden dan efisien. Antara ciri CurryPuff Maker PromaX ini ialah tapaknya diperbuat daripada kayu pine yang ringan dan tahan lasak dan ianya telah divarnish supaya kalis air dan anti kulat. Selain itu, peniaga juga tidak perlu bersusah payah dalam proses penghasilan karipap serta ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga peniaga. Di samping itu, ianya juga dapat mempercepatkan dan memudahkan kerja dalam penghasilan karipap dengan lebih cekap dan efektif. Penghasilan CurryPuff Maker PromaX ini turut mendapat sambutan yang baik dan positif daripada Kedai Cucur Frozen Kak Su. Dengan penghasilan CurryPuff Maker PromaX ini, pengkaji berharap CurryPuff Maker PromaX ini dapat dikomersialkan dan digunakan bukan sahaja di Kedai Cucur Frozen Kak Su, malah di seluruh perniagaan makanan yang menjual karipap secara besar-besaran.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/150
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
CURRYPUFF MAKER PROMAX.pdf2.17 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.