Please use this identifier to cite or link to this item: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/160
Title: KAJIAN DALAM MEMBINA SISTEM “EZYCOUNT” DI KEDAI BLACKRINO
Authors: ROSHAIDA BINTI JAAFAR
RACHEL A/P BERNARD
NUR SYAFIQAH BINTI MUHAMMAD LATFI
TANG YI DA
Keywords: Management
Issue Date: 2022
Abstract: Kedai Blackrino merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual jersi dan tracksuit bertempat di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Syarikat ini menggunakan kaedah manual bagi pengurusan stok iaitu dengan menulis stok keluar masuk di dalam buku. Justeru itu, telah timbul beberapa masalah seperti pengurusan masa dan ketidakcekapan pengurusan stok hingga mengakibatkan keciciran data jualan. Oleh itu, pengkaji telah membangunkan sistem EzyCount bagi membantu pihak kedai mengatasi masalah tersebut. Objektif kajian yang ditetapkan adalah bagi memastikan sistem EzyCount dapat membantu merekodkan stok keluar dan masuk, merekodkan jualan serta dapat merekod keuntungan dan kerugian setiap bulan. Bagi tujuan pembangunan kajian ini, pengkaji telah menyediakan borang analisis keperluan bagi melihat keperluan pengurusan stok kedai. Borang analisis kebolehgunaan pula telah disediakan bagi melihat kebolehfungsian dan kerbekesanan sistem ini. Responden kajian terdiri dari pekerja dan pemilik kedai Blackrino. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa sistem ini berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi pengurusan stok Kedai Blackrino. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa sistem EzyCount dapat berfungsi membantu kedai Blackrino merekod hasil jualan dan menguruskan stok dengan baik dan sistematik.
URI: http://repository.psp.edu.my/xmlui/handle/123456789/160
Appears in Collections:Department of Commerce

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
KAJIAN DALAM MEMBINA SISTEM EZYCOUNT DI KEDAI BLACKRINO.pdf1.71 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.