Abstract:
Kedai Blackrino merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual jersi dan tracksuit bertempat di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Syarikat ini menggunakan kaedah manual bagi pengurusan stok iaitu dengan menulis stok keluar masuk di dalam buku. Justeru itu, telah timbul beberapa masalah seperti pengurusan masa dan ketidakcekapan pengurusan stok hingga mengakibatkan keciciran data jualan. Oleh itu, pengkaji telah membangunkan sistem EzyCount bagi membantu pihak kedai mengatasi masalah tersebut. Objektif kajian yang ditetapkan adalah bagi memastikan sistem EzyCount dapat membantu merekodkan stok keluar dan masuk, merekodkan jualan serta dapat merekod keuntungan dan kerugian setiap bulan. Bagi tujuan pembangunan kajian ini, pengkaji telah menyediakan borang analisis keperluan bagi melihat keperluan pengurusan stok kedai. Borang analisis kebolehgunaan pula telah disediakan bagi melihat kebolehfungsian dan kerbekesanan sistem ini. Responden kajian terdiri dari pekerja dan pemilik kedai Blackrino. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa sistem ini berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi pengurusan stok Kedai Blackrino. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa sistem EzyCount dapat berfungsi membantu kedai Blackrino merekod hasil jualan dan menguruskan stok dengan baik dan sistematik.