Abstract:
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penggunaan internet dalam
kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di Bilik Pendidikan Khas dapat membantu
mereka dari segi pengajaran dan pengajaran atau sebaliknya. Dapatan kajian yang
diperoleh menunjukkan bahawa tahap penggunaan internet oleh para guru dan para
pelajar dalam proses pembelajaran. Pelajar menggunakan internet untuk
meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran. Selain itu, para pelajar juga
dapat menggunakan internet sebagai hiburan mereka agar mereka lebih gembira
untuk menghadiri ke sekolah. Bagi kajian ini, beberapa orang responden telah dipilih
iaitu di dalam kalangan guru yang mengajar di Bilik Pendidikan Khas. Edaran borang
kaji selidik telah diedarkan sebagai instrumen kajian. Data-data yang diperoleh
kemudiannya dianalisis. Hasil kajian ini telah menunjukkan tahap penggunaan
internet dalam kalangan guru dan para pelajar berada pada tahap tinggi.
Penggunaan internet ini juga telah membantu pelajar meningkatkan pemahaman
mereka dalam pembelajaran. Selain itu, penggunaan internet ini menjadi ruang
komunikasi baharu kepada para pelajar berkongsi maklumat pembelajaran dengan
rakan-rakan. Guru juga tidak kurangnya memainkan peranan yang penting dalam
penggunaan internet dalam pembelajaran. Mereka akan menggunakan kaedah
pembelajaran yang lebih mudah difahamai oleh pelajar. Salah satu kaedah tersebut
adalah dengan menggunakan rangkaian internet dalam pembelajaran.