Abstract:
Tajuk kajian ini ialah Laman Sesawang CAPT. Laman Sesawang ini dibangunkan adalah untuk membantu perniagaan Capt Empire dalam mengatasi masalah yang dihadapi dalam pembelian dan pembayaran oleh pelanggan Capt Empire. Sepanjang penularan wabak Covid-19, pelbagai kekangan yang telah dihadapi oleh peniaga-peniaga di luar sana termasuk perniagaan Capt Empire di mana mereka mengalami masalah dari segi maklumbalas daripada pihak pengurusan dan juga proses pembayaran oleh pelanggan. Hal ini menjadi salah satu faktor utama yang menyebabkan perniagaan ini mengalami kerugian yang sangat tinggi. Oleh itu, sebagai langkah inisiatif bagi membantu perniagaan Capt Empire, Laman Sesawang CAPT telah dibangunkan bagi membantu perniagaan ini dalam mengatasi masalah yang dihadapi yang selaras dengan gaya hidup norma baharu ini. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dengan membangunkan laman sesawang ini dapat memudahkan pelanggan, mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Capt Empire dalam urusan jual beli melalui pembayaran dan pembelian secara atas talian serta mengenal pasti laman sesawang ini dapat membuat pilihan jersey dengan lebih mudah dan cepat. Ketiga-tiga objektif ini ditetapkan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan laman sesawang yang dihasilkan dapat membantu Capt Empire. Projek ini dijalankan di Politeknik Seberang Perai. Tambahan pula, kaedah yang digunakan untuk mendapat data kajian adalah dengan mengadakan satu sesi temu ramah bersama pemilik Capt Empire dan menyediakan satu borang soal selidik bagi memperoleh maklumat adakah dengan adanya Laman Sesawang CAPT ini dapat memudahkan pembayaran dan pembelian pelanggan dan apakah masalah yang dihadapi ketika membuat pembelian dengan perniagaan Capt Empire. Kesimpulannya, laman sesawang ini amatlah diperlukan oleh peniaga-peniaga diluar sana kerana ianya sangat berfungsi dalam membantu peniaga menjalankan perniagaan di era pendamik Covid-19 ini.