Abstract:
Penggunaan e-book di Politeknik Seberang Perai telah lama digunakan. Namun begitu,
penggunaan e-book ini hanya beberapa tajuk untuk subjek tertentu sahaja. Tambahan pula, ebook
ini kurang digunakan disebabkan masih bergantung sepenuhnya kepada laman web yang
banyak sumber atau nota yang diberikan oleh pensyarah. Antara contoh bentuk nota yang
diberikan oleh pensyarah adalah dalam bentuk dokumen secara manual iaitu menggunakan
kertas ataupun pensyarah akan tulis di papan putih di kelas masing-masing. Dengan cara itu,
berkemungkinan pelajar tidak sempat untuk menyalin nota sepenuhnya yang diberikan oleh
pensyarah. Disebabkan itu, para pelajar mungkin akan keciciran nota berkaitan subjek itu.
Tambahan pula, jikalau pelajar tercicir nota tentang subjek pengiraan, sukar untuk pelajar
tersebut untuk mengulang kaji subjek yang dipelajari oleh pelajar tersebut. Jadi, kami
bersepakat untuk menghasilkan sebuah e-book berkaitan dengan pengiraan jenis-jenis ratio
yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam. E-book yang
bakal kami cipta ini adalah khusus untuk pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
sahaja iaitu dari sem 1 sehingga sem 5. Antara sebab kami ingin mencipta e-book ini adalah
disebabkan sukar untuk pelajar mencari nota-nota tentang ratio dan formula-formula penting
tentang pengiraan ratio. E-book yang kami akan hasilkan juga boleh diakses di mana-mana
sahaja dengan hanya menggunakan gajet masing-masing sekaligus membolehkan pelajar untuk
mengulang kaji di mana-mana sahaja. E-book yang diakses juga mudah disimpan dan mudah
dicari. Dengan adanya e-book yang kami bakal cipta ini, kami berharap ianya akan membantu
para pelajar untuk menyelesaikan atau menjawab segala soalan tentang pengiraan ratio. Antara
objektif kami mencipta e-book ini adalah untuk memudahkan para pelajar untuk membuat
rujukan dengan lebih mudah. Kesimpulannya, e-book yang bakal kami hasilkan ini dapat
memberikan banyak kemudahan kepada para pelajar antaranya mudah untuk mencari nota dan
nota yang kami akan hasilkan tidak akan hilang kerana ianya boleh diakses di mana-mana
sahaja dan pada bila-bila masa.