Abstract:
Agrotec Marché adalah perkataan yang menggabungkan antara bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Ianya bermaksud penggunaan teknologi dalam jualan hasil pertanian dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keuntungan. Agrotec Marché adalah satu aplikasi yang diinovasi khas untuk memudahkan peladang menjual atau memasarkan hasil pertanian mereka dengan mudah dan sistematik. Dalam era moden pada masa kini, kebanyakan orang menggunakan telefon pintar untuk aktiviti harian mereka. Oleh sebab itu, peladang tempatan boleh menjanakan pendapatan dengan mudah dan efisien kerana pengguna hanya muat turun aplikasi Agrotec Marché untuk membeli hasil pertanian dari peladang. Selain itu, kita membangunkan aplikasi ini adalah berdasarkan pemerhatian pihak penganalisis terhadap segala masalah yang berlaku dari aspek lebihan sayur dikalangan pembekal dan kenaikan harga sayur di pasaran yang terlalu tinggi. Tujuan utama aplikasi yang diinovasi ini adalah untuk memudahkan semua pembekal sayur-sayuran memasarkan dan mengembangkan lagi pasaran sayur-sayuran mereka di dalam aplikasi ini. Oleh itu, kita jangkakan dengan megunakan aplikasi ini dapat mengurangkan pembaziran sayur kerana pembelian terus dari pihak petani dan mengelakkan berlakunya pengguna tempatan mendapat sayur yang mahal. Secara kesuluruhannya, penggunanan aplikasi ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peladang tempatan dan mengekalkan pendapatan mereka tanpa menghadapi kerugian.