Abstract:
JSKK-EQUIPMENT memainkan peranan penting dalam menempah peralatan sukan apabila diperlukan. Ianya penting kepada kakitangan dan pelajar PSP sekiranya mereka hendak beriadah di waktu petang dan ketika hujung minggu. Walaubagaimanapun, apabila hendak menempah peralatan sukan, pelajar dan kakitangan PSP perlu mengisi beberapa maklumat secara manual. Mereka terpaksa menunggu giliran masa yang sangat lama. Selain itu, kehilangan peralatan sukan juga sering berlaku akibat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab ke atas peralatan sukan yang dipinjam.
JSKK-EQUIPMENT ini adalah satu aplikasi baharu yang telah direka dan ia merupakan inovasi yang memudahkan para pensyarah dan juga pelajar PSP untuk menempah peralatan sukan di pejabat JSKK. Aplikasi JSKK-EQUIPMENT ini dapat mengelakkan banyak temu janji bersama pihak berkaitan yang mengambil masa yang lama untuk tempoh tertentu bagi mengetahui keputusan sekiranya ia diluluskan atau tidak.
Aplikasi ini direka untuk meneliti bilangan peralatan-peralatan sukan yang ada pada JSKK- EQUIPMENT. Apabila telah selesai, aplikasi ini akan memaparkan maklumat di skrin komputer atau telefon mengenai keputusan jumlah bilangan peralatan yang terdapat di dalam JSKK- EQUIPMENT. Kebaikan pelaksaan JSKK-EQUIPMENT ini dapat menjimatkan masa dan staf JSKK tidak perlu membuang masa untuk mengira semua peralatan yang terdapat di JSKK.